Tuesday, December 6, 2011

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan oleh dreikurs. Model ini berasaskan empat premis asas teori Adler:-

· Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu kelompok

· Kesemua tingkahlaku adalah bersebab

· Manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan

· Realiti dipersepsikan oleh manusia

Sebagai penjelasan lanjut, fokus utama dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu guru yang inginkan kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Jadual dibawah merupakan teknik-teknik yang boleh digunkan setimpal dengan keempat-empat motif tingkahlaku bermasalah.

Motif

Teknik yang disyorkan

Inginkan perhatian: sengaja membangkitkan kemarahan cikgu cara-cara seperti mengetuk-ngetuk pensel, bercakap-cakap dengan rakan dan lain-lain

Minimumkan tahap perhatian- jangan endahkan tingkahlaku tersebut.

Iktiraf tingkahlaku bermasalah-serapkan dalam sesi pengajaran.

Menggunakan kuasa: pergelutan kuasa antara guru dan murid seperti enggan menyempurnakan tugas, sengaja meninggalkan buku dan lain-lain

Cuba kekalkan persekitaran pembeajaran yang positif.

Alihkan fokus ke tempat lain

Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari kelakuannya

Membalas dendam: murid terasa tidak diberikan layanan yang adil yang ditunjukan melalui cara cara seperti mencur,berlawan, merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain

Sama seperti 2

Memaparkan kekurangan: tindakan lain selain dari diatas seperti mengundukan diri, mengasingkan diri dan lain-lain

Ubahsuai kaedah mengajar

Gunakan bahan bantu pembelajaran berbentuk maujud atau komputer

Antara cara yang boleh dilaksanakan dalam menangani masalah didalam soalan perbincangan iaitu “apabila loceng menandakan sudah tamat sesi pengajaran. Sambil Cikgu Lin bersedia untuk keluar dari kelas Empat Bestari, beliau dapati ukiran singkatan “OK” atas sebuah meja. Sepanjang waktu mata pelajaran Sejarah tadi, Khan duduk di tempat tersebut. Oleh itu, bukan sukar bagi Cikgu Lin meneka murid siapa yang telah melakukan salah laku tersebut.

Cikgu Lin boleh menggunakan akibat logikal bertujuan membetulkan tingkahlaku bermasalah. Akibat logikal berpegang kepada prinsip bahawa murid harus diberikan pilihan untuk membetulkan tingkah lakunya serta tidak dipaksakan untuk bertingkah laku mengikut arahan. Dengan itu, murid boleh boleh belajar menjadi lebih bertanggungjawab. Bagi situasi tingkalah laku bermasalah yang dilakukan oleh Khan, tindakan guru adalah:

ΓΌ Berikan murid berkenaan pilihan SAMA ADA mencuci bersih cadangan tersebut ATAU dikenakan bayaran sebagai upah pekerja am mencuci contengan tersebut.

Melalui tindakan tersebut sudah tentu memberikan kesedaran dan tanggungjawab kepada murid berkenaan. Kekuatan dan kekurangan bagi model akibat logikal dreikurs ini ialah:

Kekuatan

Kekurangan

Memupuk autonomi dimana murid bertanggungjawab atas tindakan dan pilihan mereka

Agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif murid-murid melakukan salah laku

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan sling hormat- menghormati antara murid-murid

Agk sukar untuk mengenal pasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu

No comments:

Post a Comment