Friday, March 30, 2012

KONSEP ALAM BELAJAR

KONSEP ALAM BELAJAR

Secara umumnya konsep alam belajar boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yang mana aspek-aspek ini difikirkan penting dalam pembentukan murid yang menyeluruh iaitu dari segi fizikal, emosi, intelek dan rohani. Aspek-aspek yang disebutkan didalam buku Murid Dan Alam Belajar(2008) adalah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.

Rounded Rectangle: KONSEP ALAM BELAJAR

Flowchart: Alternate Process: PSIKOSOSIAL Flowchart: Alternate Process: FIZIKAL Flowchart: Alternate Process: KOMUNITI PEMBELAJARAN


1.1 Psikososial

Guru merupakan insan yang penting dalam meningkatkan pskososial murid kerana guru adalah orang yang dekat dengan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Murid-murid akan memikirkan bayak persoalan di dalam minda mereka seperti aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.

Mengikut kebiasaan, pembelajaran mereka menjadi lebih berkesan jikalau mereka diterima atau dilayan dengan baik oleh guru-guru dan rakan-rakan. Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang guru itu untuk memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang kita ajar.

Rounded Rectangle: Nada suara yang sesuai Aspek-aspek yang disebutkan merangkumi empat elemen, iaitu nada suara, budi bahasa, tingkahlaku yang sesuai dan suasana yang kondusif.

Rounded Rectangle: Suasana yang kondusif
Rounded Rectangle: Saling berbudi bahasa
Rounded Rectangle: Tingkahlaku diterima


Melalui faktor nada yang sesuai, suara guru hendaklah tegas tetapi bukan nyaring. Hal ini sangat penting bagi menarik perhatian murid. Guru perlu bersikap tenang dan tidak menengking murid-murid. Ini akan menunjukkan bahawa guru berada dalam kawalan.

Dari segi saling berbudi bahasa pula guru perlu biasa menggunakan perkataan sopan seperti “silakan”, “terima kasih”. Ini kerana guru merupakan role model yang menjadi ikutan kepada anak murid yang pasti murid akan meniru perututran guru mereka.Guru juga perlu memanggil nama murid yang berkenaan bukan nama sindiran dan sebagainya.

Apa yang boleh disebutkan mengenai tingakahlaku yang diterima, guru hendaklah mempunyai tingkahlaku, pertuturan dan perbuatan yang baik Guru perlu menghentikan buli dan usikan antara murid yang berlaku di dalam kelas.

Faktor yang terakhir adalah suasana yang kondusif yang mana guru hendaklah menyediakan kemudahan dan keceriaan kelas untuk menarik minat murid untuk belajar. Keperihatinan tehadap susuanan fizikal kelas mampu mewujudkan suasana belajar yang kondusif dalam kalangan murid-murid.

Kesimpulan yang boleh dibuat dariapada faktor-faktor psikososial adalah pentingnya peranan guru dalam meningkatkan psikososial murid dalam melahirkan murid yang bersopan santun, menjadikan bilik darjah selesa dan selamat untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Fizikal

Susunan fizikal bilik darjah bukan sahaja mempengeruhi faktor psikososial murid-murid, tetapi mencerminkan gaya pengajaran seorang guru. Sebagai penjelasan, sekiranya guru itu ingin murid berkolaborasi dalam bentuk kumpulan kecil, guru peru mengumpulkan murid dalm bentuk bulatan mengelilingi meja atau beberapa kluster meja.

Bagi perbincangan secara kelas, adalah disyorkan supaya menggunkan bentuk bulatan atau bentuk U. Jika hendak merancang untuk mengendalikan pembelajaran bercorak kadar kendiri dan bersifat individu, besar kemungkinan guru perlu membentuk stesen-stesen pembelajaran.

Bilik darjah bukan hanya terdiri darpada meja dan kerusi sahaja tetapi guru perlu memberi perhatian kepada aksesori yang memberikan sentuhan peribadi. Sentuhan peribadi yang dimanksudkan termasuk pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan yang berbingkai, papan kenyataan yang dihiasi dengan poster-poster mengenai pendidikan dan hal ehwal umum, kata-kata hikmah, sudut bacaan dan sebagainya.

Antara kepentingan persekitaran fizikal yang kondusif adalah apabila hasil karya murid dipamerkan dan ruang lantai bilik darjah dimaksimumkan untuk membolehkan perjalanan pelbagai aktiviti kumpulan kecil atau besar, murid akan terdorong untuk memberi perhatian kepada proses pengjaran dan pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dikelndalikan dan sebagainya. Justeru itu, akan berlakunya peningkatan pembelajaran dan pengurangan tingkahlaku bermasalah dalam kalangan murid-murid.

1.2.1 Cara-cara penyusunan bilik darjah


1. Gaya Audiotrium – Gaya penyusunan trasdisional di mana murid-murid duduk menghadap guru.

2. Gaya Bersemuka – Murid-murid duduk menghadap antara satu sama lain

3. Gaya Off-set – Tiga atau empat murid-murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap sesama mereka

4. Gaya Seminar – Kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih orang duduk dalam bulatan, segi empat sama atau berbentuk -U

5. Gaya Kluster – 4 hingga 8 murid duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat.

1.3 Komuniti Pembelajaran

Secara amnya, komuniti pembelajaran merujuk kepada sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat. Hal ini adalah untuk menggalakkan berlakunya dialog, maklum balas, refleksi dan penurunan kuasa.

Dengan kata lain, dalam konteks institusi pendidikan, komuniti pembelajaran mempunyai ciri-ciri:-

· Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif

· Penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya

· Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial

· Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran

Secara ringkas, bilik darjah yang beroperasi sebagai komuniti pembelajaran akan berpegang kepada prinsip-prinsip seperi tanggungjawab ke atas pengetahauan dan kawalan terhadap ilmu yang akan diperoleh diperkongsikan bersama. Pembelajaran menitikberatkan pemahaman. Oleh itu, amat mustahak untuk memadankan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada murid. Amat penting juga agar murid memahami maklumat kompleks.

Kolaborasi antara murid-muri dengan guru mereka bagi memikirkan alternatif-alternatif penyelesaian bagi masalah-masalah disiplin yang wujud. Guru menggunakan insentif ekstrinsi bagi mendorong mereka melakukan sesuatu atas matlamat peribadi dan bukannya “Apa yang akan saya dapat”.

Perbezaan ilmu antara individu tidak dilhat sebagai satu masalah, bahkan dialu-alukan bagi memaksimakan sumbangan setiap murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid belajar sesama mereka dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

No comments:

Post a Comment