Friday, March 30, 2012

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

Pengalaman belajar kanak-kanak dikaitkan dengan pengalaman lansung kanak-kanak. Kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran berbanding dengan pendidikan tradisional yang bercorak didaktik.

Sebagai penjelasan lanjut, boleh dikatakan bahawa pengalaman langsung berpegang kepada prinsip pembelajaran eksperiental. Walau bagaimanapun, harus anda ingat bahawa bukan sebarang pengalman boleh dianggap sebagai berfaedah bagi pembelajaran murid-murid. Sebenarnya guru hendaklah mengatur himpunan pengalamna yang khusus agar dapat mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan.

Pengalaman lansung boleh diimplementasikan secara meluas merentasi topik dan bahantara yang berbeza-beza seperti pendidikan luar, kerja lapangan, amali, projek pembelajaran berasaskan kumpulan, lawatan sambil belajar, drama dan sebagainya.

Tambahan pula, pengalaman langsung boleh dilaksanakan melalui dua kaedah. Dua kaedah tersebut adalah:-

Down Ribbon: Pengalaman Langsung
Flowchart: Alternate Process: Belajar dengan sendiri Flowchart: Alternate Process: Belajar melalui pengajaran guru


Belajar dengan sendiri merupakan belajar melalui semulajadi dan mengambil bahagian secara langsung dalam peristiwa-peristiwa sebenar.Meliputi pembeljaran yang berlaku hasil refleksi ke atas pengalaman seharian.Kadang-kadang dipanggil pendidikan informal.

Bagi belajar melalui pengajaran guru pula, guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memudahcara pengalaman langsung berhubung dengan peritiwa tertentu.Oleh itu,Guru perlu menyediakan perancangan rapi hasil penilaian kendiri dalam sesi pengajaran.

No comments:

Post a Comment