Konsep Modenisasi
Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
Perubahan berlaku secara berencana atau tidak berencana.
Perubahan berencana adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan.
Modenisasi mengandungi dua aspek utama:
pembangunan ekonomi dan
pembangunan politik.
Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Matlamat
• untuk wujudkan masyarakat industri.
Kaedah atau proses yang dilaksanakan
• Pembangunan teknologi : tradisional -> saintifik dan canggih.
• Pembangunan pertanian : sara diri -> komersial
• Industrialisasi : produksi secara besar-besaran.
• Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.
Ukuran pencapaian
• menggunakan GNP (gross national product).
Modernisasi di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
• Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar :
– Revolusi Perancis (politik feudal)
– Revolusi Industri (ekonomi).
• Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.
• Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
– Sudut falsafah
– Sudut praktikal
Sudut Falsafah
• Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat.
• Evolusionisme - perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dapat diramalkan.
• Dua aliran dalam menerangkan gagasan:
– Bersifat sehala (unilinear), melalui tahap-tahap tertentu.
Bersifat banyak hala (multilinear).
Sudut praktikal
• Bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi
• Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan.
• Teknik produkdi tradisional diganti dengan jentera.
• Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.
Matlamat modernisasi
• Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.
Kaedah
• Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Ukuran Pencapaian
• Menggunakan kaedah seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).
Modenisasi Di Malaysia
• Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris.
• Sebagaimana negara ’baru’ yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.
• Dua komponen penting untuk modenisasi
– Komponen ekonomi
– Komponen politik
Sejak awal lagi, sasaran Malaysia - mewujudkan masyarakat industri. Tumpuan:
• Peringkat awal - lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
• Akhir 1960-an- pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.
• Menjelang 2000-an- pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.
• Isu pembinaan negara bangsa penting kerana wilayahnya terdiri dariopada gabungan daerah, bangsa dan kerajaan yang berbeza hasil daripada proses migrasi dan penjajahan.
• Modenisasi dilakukan melalui:
• Pembinaan negara bangsa
• Dasar awam
• Penialain pencapaian dasar awam
• Integrasi nasional
Dasar-dasar Awam: Pertanian, Perindustrian dan K-ekonomi
• Badan-badan untuk memajukan pertanian dan membasmi kemiskinan
– FELDA
– FELCRA
– MARA
• 1990an, perhatian kepada sektor perindustrian, e.g.
– Dasar Perindustrian Berat
– Dasar Penswastaan
• Kini pembangunan ekonomi menjurus kepada k-ekonomi dan ICT
No comments:
Post a Comment