Friday, June 21, 2013

PROJEK KEWARGANEGARAAN

PENDAHULUAN

            Projek kewarganegaraan ialah komponen penting dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Matlamat Projek Kewarganegaraan adalah :-
·         Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
·         Member sumbangan kepada keluarga, sekolah dan masyarakat.
·         Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab diri, keluarga, dan masyarakat.
Soalan tugasan : Projek Kewarganegaraan
Tema/ Tahun : Kenali Budaya Malaysia (Tahun 4)
Subtajuk: Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah
Skop kajian :
·         Budaya sesuatu kaum dengan mempelajari corak hidup mereka
·         Kepelbagaian budaya, nilai dan gaya hidup masyarakat Malaysia dan masa hadapan
·         Menegenal lebih dekat tentang latar belakang dan budaya masyarakat kadazan di Sabah
·         Mengetahui keunikan masyarakat kadazan di Sabah
Objektif :
·         Memberikan peluang kepada guru pelatih mengenali lebih dekat tentang latar belakang dan budaya masyarakat kadazan di negeri Sabah
·         Memberi peluang kepada guru pelatih mengetahui keunikan budaya masyarakat kadazan di Sabah
·         Guru pelatih bersama-sama melaksanakan projek kewarganegaraan melalui kajian kes yang dipilih
·         Guru pelatih berpeluang mengenalpasti pelbagai warisan budaya Malaysia bersesuaian dengan tema projek yang ingin dilaksanakan
Kaedah :
·         Mengumpulkan maklumat atau menentukan cara merekod
o   Temubual
o   Pemerhatian
o   Peserta melibatkan diri dengan aktiviti kebudayaan

·         Menentukan cara menyediakan laporan
o   Hasil daripada kaedah kajian yang digunakan semasa kajian seperti temubual, pemerhatian dan dokumentasi dijana kepada proses penyediaan laporan
o   Rujukan perpustakaan
o   Melayari internet