Friday, March 30, 2012

PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PELAKSANAAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar tentang budaya pelbagai kaum dalam mata pelajaran PSK. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, interaksi dengan komuniti sekolah dan refleksi, pelajar dapat menilai kesesuaian rancangan pelajaran dengan kandungan kurikulum. Kebolehan pelajar menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam penggunaan sumber P&P berkaitan tajuk pelbagai budaya adalah menjadi fokus utama penilaian.

Antara aspek-aspek yang perlu dilihat dalam sepanjang pemerhatian yang dijalankan adalah merangkumi:-

i. Mengumpul maklumat dan menyenaraikan budaya masyarakat setempat yang diamalkan di negara kita berdasarkan mata pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan

ii. Menghuraikan pelbagai sumber yang sesuai dalam mengaplikasikan budaya masyarakat setempat dalam PSK Tahun 5.

iii. Jelaskan nilai-nilai murni pelbagai budaya masyarakat setempat dalam merealisasikan perpaduan dalam kepelbagaian.

Saya juga menyatakan sedikit mengenai budaya sekolah yang berkait rapat dengan budaya masyarakat setempat meskipun tiada dalam tugasan sebagai penambah maklumat.

Sebelum memulakan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS), saya telah merancang pelaksanaan tugasan dengan mengatur pelan tindakan atau jadual kerja bagi memudahkan saya membuat pemantauan dan memastikan sya tiak lari fokus utama tugasan ini dijalankan.

No comments:

Post a Comment