Tuesday, December 6, 2011

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Konsep negara

Negara secara mudahnya boleh dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Negara atau ‘state’ adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaultan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sains politik mendefinisikan perkataan negara sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar(k. Ramanthan, 1992). Justeru itu, sebuah negara menurut undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen :-

Ø Penduduk(rakyat atau populasi)

Ø Wilayah(sempadan)

Ø Kerajaan

Ø kedaulatan

CIRI - CIRI NEGARA

Flowchart: Alternate Process: WARGANEGARA  Flowchart: Alternate Process: PERSATUANFlowchart: Alternate Process: SISTEM POLITIKFlowchart: Alternate Process: WILAYAHFlowchart: Alternate Process: SEMPADANFlowchart: Alternate Process: PERLEMBAGAANFlowchart: Alternate Process: KEGIATAN  HARIAN

Rounded Rectangle: CIRI – CIRI NEGARA

Flowchart: Alternate Process: KESELAMATAN

Konsep Bangsa

BAHASA : maksud yang pelbagai

  1. Satu kelompok manusia berdasarkan ciri fizikal iaitu ras dan keturunan.
  2. Kaum – kumpulan etnik berdasarkan ciri budaya
  3. Satu komuniti politik dalam wilayah tertentu

(Abdul Rahman Embong, 2001)

Nasion, komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan juga perubahan.

Satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama

(Abdul Rahman Embong, 2001)

KONSEP NEGARA BANGSA

Pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti. Lahir pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik.

Gabungkan 3 komponen utama iaitu;

  • Negara
  • Individu
  • Bangsa

NEGARA

INDIVIDU

BANGSA

Unit politik yang

mempunyai kedaulatan,

tanggungjawab & kuasa

dalam menjalankan

pentadbiran sendiri.

Sebuah negara

harus mempunyai

elemen berikut ;

PENDUDUK

WILAYAH

KERAJAAN

KEDAULATAN

Tenaga

penggerak kepada

terbinanya bangsa &

negara.

Hubungan sesama

individu akan

menggerakkan individu

lain membentuk

kumpulan berkongsi

ciri-ciri persamaan

dan kepentingan

yang membentuk

bangsa dengan

motif pemerintahan

sendiri dan

mewujudkan negara

Kesatuan manusia

yang hidup dalam

sesebuah negara.

Kumpulan besar

yang ahlinya

mempunyai kepercayaan

terikat atas asas

perkongsian identiti

sebagai suatu

kumpulan manusia atau

masyarakat yang terikat

dengan persamaan

hubungan sejarah,

kebudayaan dan

nenek moyang yang

sama.

PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA

Pembinaan negara bangsa antara satu negara dengan negara yang lain adalah berbeza-beza. Proses yang perlu dilalui juga adalah panjang berdasarkan perkembangan negara masing-masing. Walau bagaimanapun, Hargue dan Harrop sudah membuat garis panduan di mana sesebuah negara bangsa akan terbentuk hanya apabila empat peringkat atau tahap proses ini di lalui. Tahap-tahap itu adalah:-

Ø Bina negara

Ø Bina bangsa

Ø Penyertaan Rakyat

Ø Pengagihan Nilai-Nilai Dalam Masyarakat

Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia merupakan satu perjuangan yang masih belum selesai persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai pihak selepas bekas perdana menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991. Dalam ulasannya terhadap Wawasan 2020, beliau menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan agama masing-masing.

Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Reaksi masyarakat terhadap konsep negara bangsa mahupun bangsa Malaysia kerap menimbulkan pelbagai perbahasan yang menarik. Dari segi konseptual, ada yang menganalisis ‘bangsa Malaysia’ secara legalities dengan menghubungkannya dengan konsep ‘warganegara’ manakala ada yang melihatnya sebagai ‘ras’. Abdul Rahman Embong ( 2006 ) dalam Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan mendefinisikan bangsa sebagai satu komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang ditautkan melalui perkongsian wilayah, budaya dan bahasa serra perasaan sebangsa. Beliau turut membicarakan perbezaan pengalaman pembinaan negara bangsa di Eropah dengan Malaysia.Namun begitu, pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Proses ke arah itu, dikatakan telah bermula sejak era penjajahan British.

Perubahan dasar British selepas Perang Dunia Kedua dilihat sebagai titik tolak apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946. Di mana salah satu objektif Malayan Union ialah mewujudkan satu bangsa ngkewarganegaraan berlandaskan prinsip ‘jus soli’ iaitu kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran diperkenalkan. Ini membolehkan semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 sebelum 15 Februari 1942 mendapat kerakyatan mereka secara automatik. Penentangan yang berterusan daripada orang Melayu serta sokongan yang berbelah bagi daripada golongan imigran memaksa British untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam kompromi Inggeris – Melayu, British bersetuju dengan pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara yang penting termasuklah soal pembangunan, kebajikan , kerakyatan dan sebagainya.

Namun begitu, kuasa serta kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan dan kepentingan orang Melayu terus dilindungi oleh British. Ia bertujuan mengelakkan orang Melayu menentang British secara kekerasan dan pada masa yang sama timbul kekhuatiran akan tersebar pengaruh komunis di kalangan orang Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mendapat reaksi negatif daripada masyarakat imigran termasuklah AMCJA yang telah melancarkan hartal kerana beranggapan perlembagaan baru itu menafikan hak golongan tersebut. Ia menyaksikan wujudnya kerjasama antara kaum yang pertama dalam politik negara. AMCJA telah membentuk pakatan dengan PUTERA, sebuah parti haluan kiri yang dianggotai oleh parti-parti radikal seperti PKMM, API dan Awas.

Perlembagaan Rakyat yang terdiri daripada 10 prinsip telah diluluskan pada April 1947 (James P. Ongkili. 1985, 63). Ia menampilkan konsep bangsa iaitu bangsa Malaya yang terdiri daripada semua kaum yang mengaku Tanah Melayu sebagai tanah airnya serta menunjukkan taat setia terhadapnya. Namun begitu, British enggan berunding mahupun mengiktiraf kerjasama AMCJA-PUTERA yang didalangi oleh PKM. Lantaran itu, British kekal dengan persetujuan yang dicapai hasil rundingan dengan UMNO dan Raja-Raja Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1948 yang dilaksanakan pada Februari 1948 dan kemerdekaan Tanah Melayu menjelang 31 Ogos 1957 telah merancakkan lagi usaha ke arah pembentukan negara bangsa.

Permuafakatan politik yang terbentuk antara UMNO – MCA – MIC bukan sekadar mempercepatkan lagi proses kemerdekaan tetapi telah berjaya membentuk satu gandingan yang mantap dan seterusnya menerajui negara ke satu dimensi politik yang baru. Pembentukan Perlembangan Tanah Melayu 1957 hasil daripada tolak ansur kaum membuktikan bahawa Tanah Melayu berada di landasan yang tepat dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa yang dikongsi bersama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Di mana konsep negara bangsa turut didefinisikan dalam Perlembagaan 1957 yang menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menjelaskan sfat dan ciri ‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan, taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara serta penguasaan terhadap Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan (Berita. Harian. 12 Nov. 2008 ). Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah

Proses pembentukan negara bangsa itu, tidak terhenti di situ tetapi terus dimantapkan dengan pembentukan Malaysia pada September 1963 dengan kemasukkan Singapura, Sabah dan Sarawak. Penggabungan tersebut telah membawa kepada satu perkembangan politik yang tegang dan diwarnai oleh sentimen-sentimen perkauman yang teramat sempit. Pemimpin PAP yang lantang memperjuangkan konsep negara ‘Malaysia-Malaysian’ dan secara terus terang mengkritik kedudukan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu ternyata mengenepikan kontrak sosial yang telah dipersetujua sebelum ini. Ia terterusnya mengakibatkan penyingkiran Singapura pada tahun 1965 namun begitu, bibit-bibit perkauman yang tercetus masih belum mampu diredakan.

Pilihan Raya Umum 1969 yang menyaksikan kehadiran DAP dan Gerakan terus meniup sentimen perkauman apabila meneruskan perjuangan PAP yang mendesak persamaan politik, ekonomi dan sosial bagi semua. Senario politik negara yang tidak menentu serta sarat dengan unsur-unsur perkauman telah mencetuskan rusuhan kaum sejurus Pilihan Raya Umum 1969 yang mengakibatkan parlimen digantung dan undang-undang darurat diisytiharkan. Tragedi berdarah itu dilihat merencatkan proses pembentukan negara bangsa di Malaysia. Di mana kepentingan diri serta sikap curiga antara satu masa lain dilihat melebihi kepentingan negara dan seterusnya membantutkan usaha pembentukan negara bangsa mahupun bangsa Malaysia.

Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 yang kemudiaan dimantapkan lagi dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang menyaksikan penggabungan wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak gagal merealisasikan konsep ‘ Satu Negara Satu Bangsa’. Ia jelas apabila kita masih dihantui pelbagai permasalahan yang bersifat perkauman walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan yang ke-51. Di mana masyarakat masih terikat dengan identiti kaum masing-masing dan tidak wujud sebarang usaha yang proaktif ke arah mewujudkan satu kesamaan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Lantaran itu isu negara dan bangsa Malaysia masih menjadi wadah yang kerap didebatkan oleh ahli politik dan juga golongan akademik.

Namun begitu, kesamaran terhadap kontroversi tersebut masih gagal dirungkai. Justeru itu, ia hanyalah dilihat sebagai retorik semata-mata memandangkan tiada usaha yang berterusan atau yang benar-benar ikhlas bagi menjayakan wawasan tersebut.Isu negara dan bangsa Malaysia kerap dilihat dengan penuh prejudius di mana wujud tanggapan bahawa ia merupakan kesinambungan daripada aspirasi perjuangan Parti PETIR ( PAP) pimpinan Lee Kuan Yew yang perjuangkan konsep ‘Malaysian-Malaysia’ dan menuntut persamaan hak politik, ekonomi serta sosial bagi semua kaum tanpa mengira kaum. Dasar tersebut jelas bertentangan dengan perlembagaan negara dan menimbulkan ketegangan hubungan antara kaum.

Kesinambungan perjuangan itu diteruskan oleh Parti Tindakan Demokratik ( DAP ) selepas penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Oleh yang demikian konsep bangsa Malaysia dianggap sebagai satu muslihat yang bertujuan merampas hak serta keistimewaan orang Melayu dan ia ditentang kerana mencabuli Perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui semua pihak semasa kemerdekaan. Ini seterusnya membawa kepada cadangan bahawa pembentukan negara bangsa perlu selaras dengan perlembagaan negara yang secara jelas memperuntukkan beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan ia seharusnya tidak boleh dipertikai atau dipinda tanpa persetujuan 2/3 ahli parlimen serta perlu mendapat keizinan Majlis Raja-Raja Melayu.

Perkara-Perkara yang termaktub dalam fasa 153 yang menyentuh kedudukan serta kebesaran Raja-Raja Melayu, hak keisitmewaan oarng melayu, agama Islam serta peranan Bahasa Malaysia selaku bahasa kebangsaan perlu dihormati ( Utusan Malaysia. 17 Oktober 2008 ). Ia penting bagi memastikan asas pembentukan negara terpelihara dan tidak menimbulkan kegusaran dan kereshan di kalangan rakyat jelata.Dalam mengulas Gagasan Bangsa Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yakin usaha ke arah itu mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat bersedia mengubah persepsi dan minda mereka ( Berita Harian. 26. Mei 2008). Ia bakal menjadi kenyataan kalau semua rakyat mengenepikan soal warna kulit, agama, keturunan dan budaya sebaliknya menekankan pentingnya kerjasama serta perpaduan demi kemajuan serta kestabilan bersama. Pembentukan negara bangsa dan bangsa Malaysia merupakan satu perjuangan yang masih belum selesai.

Pelbagai persoalan yang perlu dirungkai dan ia memerlukan komitmen dari semua pihak bagi menjayakan wawasan tersebut. Namun begitu, ia bukan sesuatu yang mudah memandangkan kewujudan masyarakat majmuk dan budaya politik perkauman yang masih mengongkong perkembangan negara

7 comments: