Tuesday, December 6, 2011

TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL KANAK-KANAK 0-5 TAHUN

Menurut Gesell, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi. Selagi kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan tidak akan berjaya.

Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat iaitu:-

Peringkat Pertama (0- 1 tahun )

Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan tangisan menarik perhatian.

Umur 4 bulan : mata boleh bergerak mengikut gerakan objek.

Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek.

Umur 7 bulan : boleh duduk dan merangkak.

Umur 12 bulan : boleh berdiri dan memegang objek tinggi.

Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )

Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap dan sudah mula tahu makna “ jangan”

Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun )

Boleh makan bersendirian dan mula bercakap dengan menggunakan ayat mudah.

Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )

Dapat naik basikal beroda tiga dan menerima arahan mudah.

Peringkat Kelima ( 5 tahun )

Telah mula mengemukakan soalan dan bersedia masuk prasekolah.

KANDUNGAN

HASIL PEMBELAJARAN

Psikomotor - Motor

Halus

1.1 Menguasai

kemahiran motor

halus

1.1.32 Menggunakan jari untuk :

a. meramas

b. menggentel

c. mengoyak

d. mencubit

e. menguli

f. memicit

g. merenyuk

h. melipat

i. menguntai

j. menjentik

k. merenjis

1.2 Menguasai

kemahiran motor

halus - koordinasi

mata tangan

1.2.5 Membuat pergerakan tangan

mengikut arah

1.2.6 Mengawal pergerakan matatangan

dengan betul

Psikomotor - Motor

Kasar

2.1 menguasai

kemahiran motor

kasar

2.1.1 Berjalan ke hadapan, ke kiri, ke

kanan dan mengundur

2.1.2 Mengimbangkan badan dengan

berdiri sebelah kaki tanpa

bantuan

2.1.3 Berjengket beberapa langkah

2.1.4 Melompat dengan kedua-dua

belah kaki sejauh dua meter

2.1.5 Meloncat berterusan 1 minit

2.1.6 Berlari ke arah yang ditentukan

sejauh dua puluh lima meter

tanpa berhenti

2.1.7 Naik dan turun tangga tanpa

bantuan dengan gerak langkah

selang seli

2.1.8 Mengimbang badan secara

berjalan atau meniti

2.1.9 Skip berterusan 1 minit

2.2 Menguasai

kemahiran motor

kasar - koordinasi

2.2.3 Menggerakkan kepala ke

pelbagai arah

2.2.4 Menanduk bola

2.3 Menguasai

kemahiran motor

kasar - koordinasi

mata tangan

2.3.3 Membaling objek ke sasaran

2.3.4 Menyambut objek menggunakan

dua belah tangan

2.3.5 Membaling, menangkap dan

melambung objek besar dan

kecil

2.3.6 Melantun dan menangkap

2.3.7 Melompat menggunakan tali

skipping

Menguasai

koordinasi anggota

badan

2.4.3 Memanjat

2.4.4 Bergayut

2.4.5 Membuat pergerakan

menggunakan seluruh anggota

badan

2.4.6 Membuat pergerakan berguling

2.4.7 Membuat pergerakan haiwan

No comments:

Post a Comment