Tuesday, December 6, 2011

PERALATAN MENGAJAR

Peralatan mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajarannya di dalam kelas. Peralatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks, papan hitam dan gambar-gambar sahaja tetapi ia juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Ia merupakan apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.(Kamaruddin Hj. Husin) 1994.

Atan Long (1981) membahagikan alat-alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat-alat pendegaran, alat-alat pandagan dan alat-alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) menggolongkan alat-alat itu kepada dua kumpulan iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

Alat bantu mengajar terdiri daripada bahan, sesuautu bahan boleh disampaikan dengan berbagai-bagai cara. Umpamanya, sesuautu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku didalam bentuk carta atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampainya dinamakan alat bantu mengajar. (Atan Long 1982).

Berdasarkan pendapat-pendapat diatas, bolehlah dibahagikan alat-alat bantu mengajar kepada 3 kategori:

a) Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajara, filem jalur,slaid, projektor overhead projekter opaque, pita video

b) Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, buku gambar carta, model, surat khabar, papan hitam

Bahan-bahan yang becorak pengalaman seperti lakonan pantomin lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar

No comments:

Post a Comment