Tuesday, December 6, 2011

KEMASYARAKAT DAN PERPADUAN

Masyarakat Majmuk

Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India dan sebagainya.

Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di negara ini.

Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang semakin pesat ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubungan antara kaum menjadi semakin minima.

(pmr.penerangan.gov.my)

Jelas daripada penyataan di atas menunjukkan bahawa masyarakat majmuk yang lahir di negara kita ini datang daripada pelbagai aspek seperti penjajahan,kemasukan buruh dan penduduk asal negara itu sendiri. Masyarakat majmuk yang ada pada masa dahulu membentuk kemasyarakatan yang ada pada masa kini yang berkongsi perlembagaan, kebudayaan, adat resam, agama dan lain-lain dalam satu negara Malaysia.

Definisi Perpaduan

Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

(www.tutor.com.my/tutor/arkib2002)

Hasil daripada definisi perpaduan yang diperoleh jelas menunjukkkan bahawa perpaduan ini merupakan satu bentuk ikatan kerjasama ataupn penyatuan sesuatu individu atau kelompok dengan yang lain di dalam suatu masyarakat. Perpaduan adalah pandu ukur yang sangat penting sekali dalam membentuk suatu masyarakat dalam sesebuah negara mahupun serata dunia yang berkongsi budaya, adat resam, agama, bahasa dan lainnya.

Perpaduan merupakan satu keperluan yang tidak dapat dipisahkan oleh mana-mana masyarakat dalam sesebuah negara demokrasi. Usaha untuk mencapai perpaduan bukan satu tindakan yang mudah untuk dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara. Ia sering dilanda oleh pelbagai masalah yang berpunca dari tiga sumber iaitu pembangunan dan pendapatan yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat pelbagai keturunan bangsa, wilayah-wilayah dalam sesebuah negara sering berpecah dan membentuk sebuah negara baru., serta tiada persefahaman rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa. Masalah menjadi semakin serius apabila terdapat perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat resam.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan golongan etnik yang mepunyai ciri-ciri dan identiti yang berbeza. Sifat utama bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang masih kukuh kepada peranan tradisional mereka dan memegang teguh keapada nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan sesuatu kaum itu sendiri merupakan masalah utama kepada sistem perpaduan di Malaysia.

Masalah perpaduan kaum yang paling ketara dan masih diingati sehingga kini ialah Peristiwa 13 Mei 1969. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia.

Usaha Membentuk Perpaduan

Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.

Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan

Politik

Sosial

Ekonomi

· Integrasi politik

· Integrasi kebudayaan

· Integrasi sosial

· Integrasi pendidikan

· Integrasi wilayah

· Integrasi ekonomi

Memperkenalkan Rukun Negara.

Idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:


1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan
5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Penyusunan semula masyarakat selari dengan objektif Dasar Ekonomi Baru

Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970 untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:

1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.

Merapatkan jurang antara kaum adalah meliputi banyak aspek termasuk ekonomi, pendidikan, jawatan professional, pemilikan hartanah, pemilikan syarikat dan pelbagai perkara yang melibatkan hubungan antara kaum.

Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970 untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:

1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.

Merapatkan jurang antara kaum adalah meliputi banyak aspek termasuk ekonomi, pendidikan, jawatan professional, pemilikan hartanah, pemilikan syarikat dan pelbagai perkara yang melibatkan hubungan antara kaum.

Pendidikan membentuk perpaduan

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.

Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Asas-asas perpaduan sistem pendidikan

Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.

Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

SATU MALAYSIA

Setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat.

Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

(http://www.penerangan.gov.my/myperkasa/)

Terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang golongan elit iaitu yang memegang tampuk kerajaan mementingkan perpaduan yang membentuk banyak usaha untuk menyatu padukan kaum dan etnik di Malaysia. Oleh itu, apa yang boleh dirumuskan daripada konsep Satu Malaysia ini adalah di mana kerajaan ingin menyatupadukan rakyat dengan mendahulukan rakyat seterusnya mencapai kemajuan yang di ingini.

No comments:

Post a Comment