Tuesday, December 6, 2011

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Disiplin Asertif Canter telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Terdapat beberapa model asas iaitu:-

· Tingkahlaku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan

· Tanggungjawab adalah nadi disiplin asertif

· Guru hendaklah bersifat asertif

· Guru hendaklah merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid mengenai tingkahlaku yang baik dan buruk.

Jadual dibawah merupakan rumus beberapa aspek dengan Model Disiplin Asertif Canter yang boleh memudahkan seseorang guru.

Aspek

Huraian

Konsep Utama

Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan

Guru dan murid mempunyai hak masing-masing

Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang optimum

Guru harus menggunakan satu hierarki disiplin yang mengandungi kesan yang bersesuaian mengikut tahun persekolahan.

Guru perlu bersifat asertif, tidak asertif atau agresif.

Jenis Ganjaran

Tidak asertif: “sudah berulang kali saya minta anda supaya jangan bercakap dengan rakan-rakan, dan anda masi masih berbuat demikian, sila berhenti.”

Asertif: “Shan, ini adalah amaran atas perbuatan anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal,jikalau tidak anda tidak dibenarkan buat bacaan senyap di sudut bacaan nanti.”

Agresif: “Simpan buku komik dengan serta merta, jikalau tidak, anda akan menyesal!”

Jenis Ganjaran

Pengukuh sosial-senyuman,kata-kata pujian

Pengukuh grafik-bintang, pelekat

Pengukuh aktiviti-masa rehat,mainan khas

Pengukuh fizikal-makanan,hadiah, sijil

Hak Asasi Murid

Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum

Disediakan guru yang akan membantu mereka mengurangkan tingkahlaku yang kurang wajar dan menyokong tingkahlaku yang wajar

Dimaklumkan tentang konsekuan bagi tingkahlaku yang baik dan jahat

Diberikan pilihan untuk bertingkahlaku wajar atau tidak wajar

Tanggungjawab Guru

Kekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum

Diberikan sokongan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa

Pastikan hak dan tanggungjawab murid-murid disokong dengan satu pelan disiplin yang menyatakan jangkaan dengan jelas

Aplikasikan konsekuen secar konsisten

Pertimbangkan kepentingn mereka setiap masa

Dalam situasi menyelesaikan masalah murid Tahun Enam iaitu Tim yang setiap hari datang kesekolah tanpa membawa bahan keperluan yang lengkap. Pada hari-hari tertentu, dia lupa membawa alat tulis dan hari-hari yang lain dia meninggalkan buku latihan di rumah. Setiap kali, Tim akan minta kebenaran untuk menelefon ibunya supaya membawa bahan-bahan yang tertinggal. Jikakalu membenarkan Tim menghubingi ibunya, pasti membazir masa pembelajaran. Jika tidak dibenarkan, Tim akan duduk sahaja tanpa membuat latihan kelas yang diberikan.

Seorang guru itu boleh membentuk satu pelan Disiplin Asertif. Pelan ini sangat berguna dan penting kepada guru sebagai garis panduan kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru digalakkan pertimbangkan soalan-soalan berikut:

· Apakah tingkahlaku yang ingin dihapuskan atau disemai dalam diri murid-murid anda?

· Apakah jenis konsekuen negatif yang wajar bagi murid-murid tersebut?

· Apakah jenis konsekuen positif yang wajar bagi murid-murid tersebut?

· Bagaimanakah cara mengesan tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar?

Sebagai keterangan lanjut, maklumat langkah-langkah satu pelan disiplin asertif boleh di teliti dan dirujuk seperti jadual di bawah.

Langkah

Tindakan yang diambil

1. Membina jaringan sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa

- Meminta kebenaran pihak pentadbir

- Maklumkan kepada ibu bapa

2. Membentuk peraturan bilik darjah

Garis panduan yang boleh dijadikan rujukan:

- Hendaklah jelas dan spesifik

- Berkuatkuasa sepanjang waktu persekolahan

- Selaras dengan umur murid-murid

3. Memberikan pengukuhan positif (Diibaratkan Model “Guli dalam bekas”)

- Mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang positif

- Mengurangkan kekerapan berlakunya masalah disiplin

- Guru masukkan sebiji guli dalam bekas apabila murid berkelakuan baik

- Tindakan guru berulangan sehingga bekas tadi penuh dengan guli

- Secara kelas, murid-murid dibawa untuk menyertai lawatan sambil belajar, menonton movie dan sebagainya

- Secara individu, guru memberi kata-kata pujian, memaklumkan ibu bapa melalui panggilan telefon

4. Bekalkan konsekuen setimpal dengan pelanggaran peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan

- Tidak melebihi lima konsekuen

- Merupakan sesuatu yang tidak digemari murid-murid tetapi tidak memudaratkan mereka dari segi fizikal atau psikologi

- Disusun mengikut satu hirarki bermula dengan memberi amaran kepada berjumpa dengan guru besar

- Tangani salah laku yang timbul dengan serta merta dalam keadaan tenang

- Rujuk kepada pelan disiplin yang terbentuk bagi memastikan konsekuen yang wajar dilaksanakan

- Bentukkan satu sistem pengesanan dan pegrkodan kes salah laku murid-murid secara individu agar hirarki konsekuen dapat dipatuhi

5. Pelan bagi kes salah laku yang serius

- Murid yang berkenaan dihantar terus untuk berjumpa dengan guru besar

Oleh itu, satu pelan disiplin asertif yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk mengubah tingkahlaku Tim adalah adalah seperti dalam jadual dibawah.

Pelan Pengurusan Bilik Darjah Tahun 6

Peraturan Bilik Darjah

· Dilarang bercakap apabila guru sedang bercakap, apabila murid-murid lain sedang memberi pandangan mereka, semasa ujian dijalankan, semasa kuiz dilaksanakan

· Jalan dengan teratur di koridor dan jangan buat bising

· Bawa semua bahan keperluan pembelajaran pada setiap masa seperti buku teks, alat menulis dan semua keperluan untuk proses pengajaran dan pembelajaran

· Dilarang membawa sebarang makanan atau minuman masuk ke dalam bilik darjah melainkan dengan kebenaran

Konsekuen Melanggar Peraturan Bilik Darjah

Kali pertama : Diberi amaran

Kali kedua : Lima minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku

Kali ketiga : Sepuluh minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku

Kali keempat : Lima belas minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku dan ibu bapa dihubungi

Kali kelima : Berjumpa terus dengan guru besar

Bagi kes serius : Berjumpa dengan guru besar

Pengiktirafan Positif:

Ganjaran secara peribadi

Ganjaran secara kelas

· Nota makluman kepada ibu bapa

· Panggilan telefon kepada ibu bapa

· Pas “dikecualikan daripada membuat kerja rumah”

· Poin untuk menyertai lawatan sambil belajar

· Poin untuk hadir jamuan makan

Berdasarkan kepada jadual diatas, guru berupaya membentuk satu pelan pelan disiplin asertif untuk digunakan dalam bilik darjah dan dapat membendung sebarang masalah di dalam kelas seperti masalah yang timbul daripada pelajar bernama Tim. Antara kelemahan dan kebaikan kepada model disiplin asertif ini ini adalah:-

Kekuatan

Kelemahan

Memanfaatkan guru khususnya guru permulaan. Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbir, guru tidak perlu fikirkan bagaimana untuk menangani tingkahlaku bermasalah yang timbul kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia ada.

Keberkesanan satu-satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-murid daripada melakukan salah laku. Murid-murid perlu diajar bagaimana dan betapa penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik.

· Merupakan tindakan ke atas tingkahlaku murid dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung peribadi murid yang berkenaan

· Mewujudkan persekitaran yang bersifat authoritarian di mna murd hanya akur kepada kehendak guru.Murid terpaksa memikul tanggung jawab atas sebarang salah laku yang timbul

2 comments: