Tuesday, December 6, 2011

MATLAMAT PENDIDIKAN PENGAJIAN SOSIAL

(a) Pengetahuan asas menenai hubungan antara individu dan kelompok masyrakat

1. Mereka dapat mempelajari pelbagai jenis individu dalam kelompok mereka dan cara berinteraksi di antara individu dalam kelompok tersebut.

2. Mereka juga mempelajari kelompok lain dalam sesuatu masyrakat.

3. Dapat melihat bagaimana kelompok tersebut berdepan dengan matlamat, cabaran dan krisis yang dihadapi.

(b) Kemahiran berfikir

1. Individu berfikir melalui penglaman sama ada pengalaman yang berlaku sebelum, semasa dan akan datang, melalui pendidikan pengajian sosial mereka dapat berfikir secara terbuka memlalui komunikasi dengan masyrakat.

2. Mereka juga akan mempelajari kesan jangka panjang dan pendek sesuatu peristiwa dan masyakat dan menginteprentasi tersebut berfikir cara untuk mengatasinya.

(c) Kemahiran sosial

1. Dapat memahami kepentingan hidup bersama secara harmoni.

2. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat.

3. Dapat mempelajari peranan da tanggungjawab ke arah pembinaan individu dan masyarakat.

4. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.

(d) Pembentukan sikap dan kesedaran sivik

Ø Pendidikan pengajian sosial dapat membantu individu itu tentang kesedaran terhadap peranan, hak dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yan menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Contonya Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).

(e) Kemahiran akademik

1. Dapat mempelajari pelbagai bidang dalam satu tajuk utama iaitu pengajian sosial untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang akademik(ilmu).

2. Contoh:

I. Sejarah-menghargai dan memahami sejarah dan warisan negara.

II. Geografi- memahami cuaca dan iklim negara dan dunia.

III. Sosiologi-mengenalpasti ciri-ciri masyarakat setempat dan perkembangannya.

No comments:

Post a Comment