Kemahiran Motor Kasar
Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakain halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik.
Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga diberi lebih tanggungjawab menjalankan aktiviti seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dan melipat baju.
Jika menggunakan mesin basuh di rumah, kanak-kanak telah memahami fungsi setiap butang yang perlu ditekan sama ada untuk mengeringkan pakaian atau membilas pakaian. Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna.
Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal.
Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai
motor halus yang lebih cekap.
Kemahiran Motor Halus
Pada peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, perubahan sistem saraf meningkat merupakan kesan daripada perkembangan kemahiran otot halus.Kanak-kanak yang mulai masuk ke alam persekolahan menjadikan otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang lebih baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.
Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama di bahagian tanagn dan kaki. Keadaan ini menjadikan segala aktiviti dan pergerakan kanak-kanak tersebut seperti menitis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih baik dan sempurna. Kanak-kanak lebih mahir dan cekap menggunakan tangan mereka. Kanak-kanak enam tahun boleh memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan membutan baju.
Pada umur tujuh tahun, kanak-kanak lebih suka menggunakan pensel berbanding dengan kapur untuk menulis.Saiz perkataan yang ditulis akan menjadi semakin kecil dengan peningkatan umur kanak-kanak.Pada umur 10 hingga 12, kanak-kanak mula menunjukkan kemahiran mengendalikan sesuatu yang serupa dengan cara orang dewasa.
Perkongsian yang menarik
ReplyDeletePerkongsian yang menarik
ReplyDeleteCan I the difference between both
ReplyDeleteCan I the difference between both
ReplyDelete