Tuesday, December 6, 2011

DEFINISI PENGAJIAN SOSIAL

Integrasi melalui sains sosial dan kemanusiaan adalah elemen pengajian sosial yang digunakanuntuk meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar. Menurut J.F Forrester(1982)(http://www.socialstudies.org/standards/introduction) menyatakan bahawa pengajian sosial ialah kajian tentang masyarakat dan tujuan utamanya ialah untuk membantu masyarakat untuk memahami dunia dimana mereka harus berada dan bagaimana itu terjadi.

Menurut Rohana Yusof(1996), di dalam bukunya Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, sains sosial ialah disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkah laku yang lazim pada kelompok-kelompok manusia.

Maka jelaslah bahawa ilmu sains sosial ialah satu bentuk pengkajian tentang kelompok manusia di dalam sesuatu masyarakat. Namun tidak ada sesiapa pun akan dapat mempelajari hal-hal manusia dan hubungannya dengan masyarakat keseluruhannya. Sains sosial merupakan satu bidang yang begitu luas dan kompleks. Oleh hal yang demikian kita perlu membuat pembahagian kepada beberapa cabang atau unit pengkajian yang lebih kecil. Pembahagian kepada unit atau kepada disiplin inilah yang kita sebut sebagai disiplin sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, ekonomi, psikologi dan sebagainya. Pembahagian disiplin-disiplin ni didasarkan kepada bagaimana cara manusia itu berinteraksi antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment