Tuesday, December 6, 2011

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Menurut buku perkembangan kanak-kanak nukilan Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakkan orang menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama. Realitinya, makna perkataan ini berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan.

Woolfolk dan margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi saiz fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian bahan ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.

Ciri-ciri Perkembangan

Antara ciri pertumbuhan ialah:

  • Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, dapat dilihat dan diukur.
  • Saiz dan stuktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal.
  • Saiz otak dan organ dalaman juga bertambah.
  • Dipengaruhi oleh baka dan keturunan,kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu tersebut.
  • Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan berlaku secara berperingkat.

Santock (2008) pula mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daipada peringkat percambahan sehingga akhir hayat.

Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

Ciri-ciri perkembangan

Antara ciri perkembangan adalah:

  • Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.
  • Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu.
  • Perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu.
  • Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
  • Hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

Perbezaan di antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan

Perkembangan

Fizikal

Perubahan tinggi, pertambahan berat badan, pertumbuhan gigi

Kemahiran menggunakan anggota badan, misalnya seorang bayi bermula dengan kebolehan memusing badan, duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari

Kognitif

Keupayaan berfikir

Kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis

Emosi

Perasaan gembira, sayang, marah, cemburu

Kemahiran mengurus emosi

Sosial

Menjalin perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan dan orang di sekitar individu tersebut

Kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai

1.2 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN

v Proses perkembangan berlaku mengikut aturan.

v Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.

v Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan.

v Corak dan aturan perkembangan adalh hampir sma tetapi kadar perembangan manusia berbeza untuk setiap individu.

v Perkembangan bergantung keada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.

1.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

Baka dan Persekitaran

Menurut buku perkembangan kanak-kanak karya Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir.

Teori Ekologi Bronfenbrenner(1979,1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu:

Ø Mikrosistem

Ø Mesosistem

Ø Eksosistem

Ø Makrosistem

Ø Kronosistem

Peringkat Perkembangan kanak-kanak

Kemahiran dan perkembangan motor.

Kemahiran motor kasar ialah kemahiran fizikal yang melihat otot-otot yang besar seperti berlari, melompat, berjalan dan memanjat.Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan otot-otot yang kecil. Contohnya melukis, mewarna, mengikat tali kasut dan membutangkan.

2 tahun :

* Berlari dengan lebih yakin

* Panjat tangga tanpa bantuan tetapi belum boleh menukar atau ganti kaki

semasa naik tangga

* Boleh seimbang dengan satu kaki dalam masa yang pendek, akan jatuh bila

berusaha untuk lompat bangun dan duduk.

* Boleh pegang cawan atau gelas dengan menggunakan satu tangan.

* Boleh panjat kerusi dan duduk

3 tahun :

* Sudah pandai dalam membuang air besar.

* Boleh naik tangga tanpa pertolongan, noleh menukarkan kaki semasa naik

tangga.

* Boleh sepak bola yang besar.

* Mereka gemar membina blok-blok atau bongkah-bongkahmenjadi menara.

* Boleh cuci tangan. Keringkan tangan dan juga berus gigi.

* Boleh memanipulasikan butang baju dan zip pada baju dan seluar

* Boleh membuka buku .

* Boleh memijak pedal basikal kecil atau beroda tiga

* Boleh memegang crayon atau pen dengan jari mula atau ibu jari.

* melukis bulatan penuh.

* Menunjukkan peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.

* Melompat dari tempat tinggi sedikit ke lantai.

* Boleh membezakan jenis jantina.

4 tahun :

* Boleh berjalan dengan lurus.

* Boleh panjat pokok dan bermain di taman permainan

* Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5-6 inci dengan kedua-dua

belah kaki.

* Boleh berlari, berhenti atau bergerak tanpa kasukaran.

* Boleh membaling bola .

5 tahun :

* Boleh berjalan ke belakang guna tumit ke hujung jari kaki.

* Boleh berjalan turun dan naik tangga tanpa pertolongan

* Boleh pegang hujung jari kaki tanpa membengkokkan lutut

* Boleh belajar meloncat(skip) dengan menggunakan kaki yang lain(ganti-

ganti)

* Boleh menangkap bola yang di baling dari jarak 3 kaki

* Menunjukkan kemahiran menunggang basikal roda tiga. Tunggang dengan

kelajuan dan dengan kemahiran menggunakan stereng

* Boleh mngimbangkan badan dengan menggunakan salah satu kaki dengan

kawalan yang baik selama 10 saat.

* Menunjukkan kawalan yang baik menggunakan pensel atau marker,

mungkin mula warna garisan.

* Boleh gunting garisan walaupun tidak sempurna.

6-7 tahun :

* Boleh mengikat tali kasut

* Boleh menulis sesuatu huruf atau nombor

* Boleh mengenal pasti kategori sesuatu objek

* Makan sendiri tanpa bantuan orang lain

* Boleh menggelecek bola dalam permainan bola sepak

No comments:

Post a Comment